" Man Jadda Wajada"

" Man Jadda Wajada"

Dalam hidup kita, xsmua yg kta nak kta dpat....
tp xsmestinya kta mgalah ja bla kta taw ssuatu bnda yg kta nak tu xdpat....jadi cranya kta kna usaha dgn ssgguhnya...xkra la apa bnda pon yg kta wat...janji kta kna usaha btol2...
InsyaAllah apa yg kta hajatkan 2 mgkin akn dimakbulkn Allah SWT yg Maha Kuasa....

Ingat, Jangan Mengalah...Nabi pun xska owg yg mngalah...

....Selamat Beramal....

Monday, July 30, 2012

Pertemuanku dengan Si Buta


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu kisah yang ku kongsi bersama dengan kawan-kawan sekalian Hari ini, aku bersama dengan rakan berbuka puasa di kompleks beli-belah Bukit Jambul. Perjalanan yang agak lama untuk ke sana, lebih kurang satu jam disebabkan kesesakan. Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi.
Menikmati juadah berbuka puasa di Maidin BJ yang sangat sedap bersama dengan rakan. Ramai jugak orang yang turut berbuka puasa di sana. Kemudian aku bersolat maghrib secara berjemaah bersama dengan orang yang ada di surau Maidin itu.

Aku perlu beli brang iaitu pembalut buku bagi subjek BM kepada kawan-kawan. Kemudian aku tengok jam yang dah menunjukkan pukul 8.30 mlm. dalam hati mula berkata yang aku mungkin tak sempat nak terawaih dengan budak-budak surau maktab. Mungkin sedikit kerugian yang akan aku alami. Nak buat macam mana, kalau ada pengangkutan sendiri mungkin lebih mudah.

Tak apa lah. Ketika aku sedang berjalan menuju ke hentian bas, aku ternampak dua orang buta. Barang kali dua beradik atau dua beranak. Jelas terlihat kesukaran yang mereka lalui setiap kali mengrorak langkah. “ Pooonnnnnn…Poonn..” bunyi hon kereta yang begitu gah, lantas menghentikan langkah kedua-dua orang si buta itu. Sedih ku lihat. Mereka terlanggar dinding, kereta, pokok-pokok tepi jalan.
Ya Allah, bertapa bersyukurnya aku ni yang dikurniakan satu deria yang sangat berharga, dapat memandang dan menikmati setiap keindahan bumiMu ini. Mungkin Allah SWT telah  menemukan aku dengan si buta ini, supaya aku dapat merefleksi, merenung, dan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan padaku. Alhamdulillah, ku bersyukur padaMu Ya Allah.

Kurasa inilah masanya untukku berbakti kepada mereka yang kruang bernasib baik ini. Tambahan pula di bulan ramadhan ini. Memulakan dengan ucapan Salam, lalu kutanya, “kemana abang nak pergi?”. Dia menjawab “ saya nak lintas jalan ke sana,”. Kulihat keadaan jalan yang penuh dengan kereta-kereta, lori, bas dan macam-macam lagi. Ya Allah, betapa sukarnya onak-onak bahaya yang perlu mereka rentasi untuk berjaya sampai ke sana. Kutahu, BAGI MEREKA, AMAT SUSAH UNTUK MERENTASI JALAN INI, NAMUN MUNGKIN AKAN MUDAH BAGI MEREKA UNTUK MELEPASI TITIAN SIRAT DI SANA NANTI.

Lalu ku capai tangan si abang, dan si abang mencapai tangan si adik. Kubawa mereka ke bahu jalan dan menunggu lampu hijau bagi pejalan kaki. Dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dapat menolong mereka biarpun jaraknya tidaklah begitu panjang. Cukup untuk mereka melepasi situasi bahaya.
Aku pun berpatah balik dan pergi kepada rakan. Sementara tunggu bas. Aku merenung sejenak. Allah menemmukan aku dengan mereka ini di bulan puasa untuk berbakti kepada mereka. Beruntungnya aku Ya Allah. Walaupun tak berterawih jemaah, namun Allah SWT pertemukan aku dengan mereka yang kurang bernasib baik ini cukup memberi makna kepadaku.
Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka di dunia. Biarpun mereka langsung tidak mengeli sapakah aku ini, namun ku harap di sana nanti mereka ini akan memberatkan lagi timbangan amalanku nanti. AMin Ya Rabbal Alamin.

simpatilah, kesihanilah, dan bantulah mereka.

Begitulah kisahnya.. Assalamualaikum.

Wednesday, April 4, 2012

Doaku Buat Sahabat yang berjihad di jalan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama sangat aku tak buat apa-apa update blog aku ni. Maklum la terlalu sibuk sangat, banyak kerja nak kena buat. Tambahan pulak jadi Ketua Kelas ( KK ) semester ni. Betul cakap kawan-kawan aku yang penah jadi KK. Memang tersangat-sangat teruk. Tapi tak apa, aku enjoy ja jadi KK ni..Kamcing dengan ramai pensyarah. Tambah-tambah pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Ok, teruskan pada agenda aku dalam penulisan blog ini.


     Bukan ada apa sangat, Cuma aku ini memanjatkan doa kepada Allah SWT terhadap dua orang insan ini agar mereka terus berjuang menyampaikan dan menyebarkan dakwah Islam khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Aku tabik springgggg..!!! la dekat depa dua orang ni yang begiu bersemangat dalam berdakwah. Depa selalu lakukan usaha yang murni untuk menegakkan Islam dalam diri anak muda dekat maktab aku ni.


Wahai sahabat, teruskanlah perjuangan hampa..kerana setiap perjuangan hampa nak sebarkan ajaran Islam ni sentiasa ditemani dengan nur keberkatan Allah SWT.. Amin..




ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka berdua untuk terus berjuang menegakkan Islam. berkatilah niat suci mereka ini..Amin.

Kalungan doa dari Pak Lang untuk sahabat Pak Lang ,Syahir Rosmi ( sek ya ) dan , Abdillah Mat Ali.Sekian, Wassalam...

Allahu Akbar..!!!




Wednesday, March 21, 2012

KISAH BENAR


Pak Lang : awat ngan hang?
Nazek : hati aku ni.
Pak Lang : pasai pa
Nazek : 6 benda nak habaq kat ang. sedih baq hang, kecewa baq hang, terluka baq hang, merana baq hang, lemah baq hang. Aduhhh.. aku harap aku ni tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah kat aku ni.  Ni semua pasai semalam la.
Pak Lang : awat dengan semalam? Jadi pa?
Nazek : ada la satu gambaq tu kat fb.
Pak Lang : gambaq mana?
Nazek : ermm... xpala,Jom la kita subuh dulu.