Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu kisah yang ku kongsi bersama dengan kawan-kawan
sekalian Hari ini, aku bersama dengan rakan berbuka puasa di kompleks
beli-belah Bukit Jambul. Perjalanan yang agak lama untuk ke sana, lebih kurang
satu jam disebabkan kesesakan. Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi.
Menikmati juadah berbuka puasa di Maidin BJ yang sangat
sedap bersama dengan rakan. Ramai jugak orang yang turut berbuka puasa di sana.
Kemudian aku bersolat maghrib secara berjemaah bersama dengan orang yang ada di
surau Maidin itu.
Aku perlu beli brang iaitu pembalut buku bagi subjek BM
kepada kawan-kawan. Kemudian aku tengok jam yang dah menunjukkan pukul 8.30
mlm. dalam hati mula berkata yang aku mungkin tak sempat nak terawaih dengan
budak-budak surau maktab. Mungkin sedikit kerugian yang akan aku alami. Nak
buat macam mana, kalau ada pengangkutan sendiri mungkin lebih mudah.
Tak apa lah. Ketika aku sedang berjalan menuju ke hentian
bas, aku ternampak dua orang buta. Barang kali dua beradik atau dua beranak. Jelas
terlihat kesukaran yang mereka lalui setiap kali mengrorak langkah. “
Pooonnnnnn…Poonn..” bunyi hon kereta yang begitu gah, lantas menghentikan
langkah kedua-dua orang si buta itu. Sedih ku lihat. Mereka terlanggar dinding,
kereta, pokok-pokok tepi jalan.
Ya Allah, bertapa bersyukurnya aku ni yang dikurniakan satu
deria yang sangat berharga, dapat memandang dan menikmati setiap keindahan
bumiMu ini. Mungkin Allah SWT telah
menemukan aku dengan si buta ini, supaya aku dapat merefleksi, merenung,
dan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan padaku. Alhamdulillah, ku
bersyukur padaMu Ya Allah.
Kurasa inilah masanya untukku berbakti kepada mereka yang
kruang bernasib baik ini. Tambahan pula di bulan ramadhan ini. Memulakan dengan
ucapan Salam, lalu kutanya, “kemana abang nak pergi?”. Dia menjawab “ saya nak
lintas jalan ke sana,”. Kulihat keadaan jalan yang penuh dengan kereta-kereta,
lori, bas dan macam-macam lagi. Ya Allah, betapa sukarnya onak-onak bahaya yang
perlu mereka rentasi untuk berjaya sampai ke sana. Kutahu, BAGI MEREKA, AMAT
SUSAH UNTUK MERENTASI JALAN INI, NAMUN MUNGKIN AKAN MUDAH BAGI MEREKA UNTUK
MELEPASI TITIAN SIRAT DI SANA NANTI.
Lalu ku capai tangan si abang, dan si abang mencapai tangan
si adik. Kubawa mereka ke bahu jalan dan menunggu lampu hijau bagi pejalan
kaki. Dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dapat menolong mereka biarpun
jaraknya tidaklah begitu panjang. Cukup untuk mereka melepasi situasi bahaya.
Aku pun berpatah balik dan pergi kepada rakan. Sementara tunggu
bas. Aku merenung sejenak. Allah menemmukan aku dengan mereka ini di bulan
puasa untuk berbakti kepada mereka. Beruntungnya aku Ya Allah. Walaupun tak
berterawih jemaah, namun Allah SWT pertemukan aku dengan mereka yang kurang
bernasib baik ini cukup memberi makna kepadaku.
Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka di dunia.
Biarpun mereka langsung tidak mengeli sapakah aku ini, namun ku harap di sana
nanti mereka ini akan memberatkan lagi timbangan amalanku nanti. AMin Ya Rabbal
Alamin.
simpatilah, kesihanilah, dan bantulah mereka.
Begitulah kisahnya.. Assalamualaikum.