" Man Jadda Wajada"

" Man Jadda Wajada"

Dalam hidup kita, xsmua yg kta nak kta dpat....
tp xsmestinya kta mgalah ja bla kta taw ssuatu bnda yg kta nak tu xdpat....jadi cranya kta kna usaha dgn ssgguhnya...xkra la apa bnda pon yg kta wat...janji kta kna usaha btol2...
InsyaAllah apa yg kta hajatkan 2 mgkin akn dimakbulkn Allah SWT yg Maha Kuasa....

Ingat, Jangan Mengalah...Nabi pun xska owg yg mngalah...

....Selamat Beramal....

Wednesday, April 4, 2012

Doaku Buat Sahabat yang berjihad di jalan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama sangat aku tak buat apa-apa update blog aku ni. Maklum la terlalu sibuk sangat, banyak kerja nak kena buat. Tambahan pulak jadi Ketua Kelas ( KK ) semester ni. Betul cakap kawan-kawan aku yang penah jadi KK. Memang tersangat-sangat teruk. Tapi tak apa, aku enjoy ja jadi KK ni..Kamcing dengan ramai pensyarah. Tambah-tambah pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Ok, teruskan pada agenda aku dalam penulisan blog ini.


     Bukan ada apa sangat, Cuma aku ini memanjatkan doa kepada Allah SWT terhadap dua orang insan ini agar mereka terus berjuang menyampaikan dan menyebarkan dakwah Islam khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Aku tabik springgggg..!!! la dekat depa dua orang ni yang begiu bersemangat dalam berdakwah. Depa selalu lakukan usaha yang murni untuk menegakkan Islam dalam diri anak muda dekat maktab aku ni.


Wahai sahabat, teruskanlah perjuangan hampa..kerana setiap perjuangan hampa nak sebarkan ajaran Islam ni sentiasa ditemani dengan nur keberkatan Allah SWT.. Amin..




ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka berdua untuk terus berjuang menegakkan Islam. berkatilah niat suci mereka ini..Amin.

Kalungan doa dari Pak Lang untuk sahabat Pak Lang ,Syahir Rosmi ( sek ya ) dan , Abdillah Mat Ali.Sekian, Wassalam...

Allahu Akbar..!!!




Wednesday, March 21, 2012

KISAH BENAR


Pak Lang : awat ngan hang?
Nazek : hati aku ni.
Pak Lang : pasai pa
Nazek : 6 benda nak habaq kat ang. sedih baq hang, kecewa baq hang, terluka baq hang, merana baq hang, lemah baq hang. Aduhhh.. aku harap aku ni tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah kat aku ni.  Ni semua pasai semalam la.
Pak Lang : awat dengan semalam? Jadi pa?
Nazek : ada la satu gambaq tu kat fb.
Pak Lang : gambaq mana?
Nazek : ermm... xpala,Jom la kita subuh dulu.

Friday, December 30, 2011

Lutut gua

Banyak benda yang gua risau bila nak masuk 2012 ni. Yeaa.. taun depan gua ada jawatan penting iaitu KK kelaS..  tapi tu tak menjadi masalah sangat. Satu pekara ni yang paling gua risau. Lutut gua… 


gambar hiasan

sebelum cuti lagi gua menanggung seksa lutut gua ni. Perlawanan terakhir LIGA I pun gua bermain dalam kesakitan. Rasa macam jatuh prestasi gua. Gua dulu mengharap sangat dalam tempoh hampir dua bulan cuti ni, lutut gua ni akan sembuh. Dulu gua pon penah sakit lutut, tapi sebelah kanan. Alamdulillah dah lega.. tapi yang sekarang ni belah kiri, masih tak lega-lega lagi… gua nak straight kaki gua pon tak boleh..
Musim depan LIGA I ada lagi.. tapi bukan setakat Liga I ja, gua juga nak berusaha untuk jadi wakil IPG.. tapi dengan keadaan yang macam ni, susah la gua nak perform dengan lebih baik.. serius terhencot-hencot jalan.. depan orang gua cover ja jalan elok-elok..
Gua mengharapkan keajaiban.. bila bangun tarikh 1 Januari 2012,  gua harap lutut gua lega.. supaya gua lebih rasa bersemangat pada tahun 2012…

sama-sama doakan… Assalamualaikum

Thursday, June 2, 2011

Pungguk, Bulan dan Angkasawan

Bulan….bulan ni walaupun menumpang cahaya matahari, tetapi sinarannya lebih memikat hati manusia..ada ja manusia yang gi dekat dia…tak macam matahari..tak dak langsung manusia yang nak pergi dekat dia…
Tapi bagi bulan, hanya sesetengah orang saja yang boleh pergi kepadanya…bukan calang-calang orang…yang kita tahu Angkasawan sahaja yang boleh…kita manusia biasa ni sudah semestinya tidak…Burung pungguk pon begitu…rindu sejauh mana sekalipon dekat bulan, hanya mampu melihat sahaja..tidak mampu terbang kepadanya…memiliki bulan…walau dengan apa jua cara sekalipun, tiada jalan yang boleh membawa Sang Pungguk untuk bersamanya…mungkin Bulan lebih sayangkan angkasawan itu..cukuplah hanya dengan memandang dari jarak yang jauh…melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh bulan bersama angkasawan……
Dalam situasi ini apa yang dapat aku simpulkan…..
AKUlah Sang Pungguk…..Dia Angkasawan……Dan Si Dia Bulan…..


Kita kena terima kenyataan...///

Friday, May 20, 2011

Syakwasangka

 Aku dengan roomate masa tu dalam perjalanan pulang ke maktab…. Sambil berjalan sambil menyembang ar..tiba-tiba ada seorang paklong ni panggil kami…dia naik moto bernombor pendaftaran Kedah..dia nak tanayakan sesuatu kat aku dengan kawan aku..kami pon layan ja la dia tu…

     “ adik, BM kat mana?”
  “ bukit mertajam ka Paklong?”
  “ ya, Bukit Mertajam..”
  “ Sana nu Paklong, belah seberang nu…bukan sini.”
  “ ooo..sana ka, bukan sini ka…?”
  “ bukan, belah sana nu.kot mana pon paklong kena ikut jambatan,"            
  “ oo yaka..tak pa la noh..terima kasih..”
  “ Paklong nak pi mana?”
  “ nak balik umah la, bawu balik keja ja ni,”
  “ ooo tak pa la…”

Masa aku dengan roomate berinteraksi dengan paklong tu, aku sambil-sambil tu melihat perwatakkan dia. Pakai gelang kat tangan kiri..lpas tu mulut pulak sambil kunyah pinang...dari tu aku mula pikir macam-macam dah..roomate aku pon sama dah pikir pelik...kami waspada ja la dengan keadaan tu...
Pastu aku dengan roomate wat refleksi balik..kami masing-masing memperkatakan bahawa kami memang rasa sesuatu dengab paklong tu..aku explain la dekat roomate, yang aku mula syakwasangka bila paklong tu cakap dia nak balik umah...sebab dia cakap nak balik umah..heran la aku, takkan nak balik umah tak tahu...dah tua dah..balik dari KERja..tapi xtawu jalan balik..jalan nak mai kerja tawu pulak...rumate aku pulak cakap dia rasa paklong tu seorang yang PENGAMAL..sebab dok kunyah sirih pinang...tak pon paklong tu gila...dia pon dok ready la..kalau paklong tu hembus muka kami ka, apa ka..memang dia nak hentam paklong tu..tapi kesudahan tadi tak adak apa-apa...

Sampai sekarang la aku agak risau dengan kejadian tadi...seriau takut ada something ja...addeesss...

sapa yang dok jalan kaki malam-malm gi tesco terutamanya perempuan, jaga-jaga la ya..

Wednesday, May 11, 2011

Duit….macam-macam boleh beli dengan duit ni kan..andai la satu masa nanti aku kaya kan best..apa saja aku nak boleh ja nak beli...peergghh..memang best la..tapi kalau kaya pon tak reti nak uruskan suit susah jugak..sebab itu kena wat perancangan....berikut adalah beberapa perkara yang akan aku buat bila aku banyak duit nanti...
  • Kalau yang kenal aku, depa akan taw apa benda yang mula-mula aku akan wat bila dapat duit banyak    ni...membeli-belah di Butik-butik pakaian yang menjadi idamanku sekarang ni...
 
TED BAKER London

 
TED BAKER Sneakers



 
ZARA JEANS


Calvin Klein Jeans

  • Aku nak beli kereta laa...kereta yang simple sahaja untuk aku naik semasa zaman remaja aku ni...

  • Kasi make up sikit kereta aku ni.....bagi nampak ranggi...
 

  • Beristerikan perempuan yang menjadi idaman hati dan solehah...
 

  • Bila dah kawin ni boleh dah la pikir pekara-pekara wajib yang kena buat...insyaAllah aku akan bawak isteri dan keluarga ke Tanah Suci...bukan nak riak ok...
 


Buat masa ni, itu ja yang aku pikir untuk buat bila ada duit banyak..aku tawu, keja cikgu gajinya tak boleh la nak capai impian semua kat atas ni..kena banyak berdoa la untuk dimurahkan rezeki oleh Allah Taala...

Monday, April 25, 2011

Makbulkanlah....

Oh Tuhan,
Aku tahu aku manusia yang tidak sempurna dan banyak menyusahkan keluarga dan orang lain..tak kira laki ka perempuan…masalah itu, masalah ini…aku rasa hendak menebus segala dosaku Ya Allah..  Apa yang penting, aku tidak mengecewakan kedua ibubapaku dari mula aku dilahirkan sehinggalah aku dimatikan. 
Ibubapaku telah menginginkan aku untuk berjaya dalam pelajaran.  Aku sekarang hampir separuh jalan untuk memberikan kejayaanku kepada ibu bapaku... Alhamdulillah, moga-moga aku dapat menghabiskan perjalananku dalam mencapai kejayaan. “ Ini untuk abah dan mak yang telah besaqkan cik “.

Oh Tuhan,
Pernah satu ketika dahulu aku berbual dengan bapaku...berbicara  mengenai perkahwinan kakakku..kemudian timbul satu persoalan dari bapaku...siapakah yang sedang aku “berkawan” sekarang...aku memberikan jawapan tidak ada..dan bapaku berkata :

     “ carilah yang elok, yang sesuai dengan diri kita....yang dapat jaga maruah diri kita dan keluarga, abah mak....cari yang leh jaga kita, leh tolong jaga mak pak masa kita dah tua..hak penting tu pegangan agama ada...lani macam2 manusia ada..”

Setelah aku renung kembali kata-kata ini, aku mula berfikir...apakah satu hari nanti aku dapat mencari seorang isteri seperti yang dikehendaki oleh ibubapaku Ya Allah..???? Aku berharap ya Allah, agar Kau permudahkan jalan kepadaku untuk  mencari seorang isteri yang memiliki sifat2 itu...Agar aku dan  ibu bapaku senang di masa hadapan..

Oh Tuhan,
Aku memohon kepada-Mu, agar pilihan hatiku  tepat, dan mampu memberikan kebahagiaan kepadaku Ya Allah...dan juga kepada ibubapa dan keluargaku...Ak memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku seorang wanita yang memandang kepada agama nilai-nilai positif yang ada padaku  satu hari nanti Ya Allah , bukan pandang pada harta dan kemewahanku....

Oh Tuhan,
Aku tahu, ajal, maut dan jodoh adalah ketentuan-Mu...aku hanya berusaha untuk mencari seseorang yang aku sayangi, yang menjadikan kehidupanku bahagia.. dalam usahaku ini Ya Allah, kurniakanlah kepadaku wanita yang Solehah, supaya aku serta anak isteriku peroleh jalan yang mudah untuk ke syurga...
Selain itu Ya Allah, aku sedar aku insan yang hina Ya Allah.. berikanlah kesempatan kepadaku untuk mendalami ilmu-ilmu agama...agar satu masa nanti aku dapat bimbing ahli keluarga...dan orang-orang lain...
Aku mohon kepada-Mu, jadikanlah aku anak yang soleh yang sentiasa menabur budi dan bakti kepada kedua-dua ibubapaku...aku tahu, banyak ujian yang akan ku tempuhi pada masa akan datang....dan dunia sekarang sudah hampir ke penghujungnya....Kau juga pernah berfirman bahawa manusia pada akhir zaman ini akan hadapi banyak ujian..antaranya anak-anak mula derhaka pada ibubapa...dengan ini, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar aku tidak menjadi salah seorang daripadanya...aku sayang ibubapaku Ya Allah...aku sayang mereka...Aminn...

(.......INI SEMUA UNTUK IBUBAPAKU  YA ALLAH....)

nota : jom kita doa sama-sama