Oh Tuhan,
Aku tahu aku manusia yang tidak sempurna dan banyak menyusahkan keluarga dan orang lain..tak kira laki ka perempuan…masalah itu, masalah ini…aku rasa hendak menebus segala dosaku Ya Allah.. Apa yang penting, aku tidak mengecewakan kedua ibubapaku dari mula aku dilahirkan sehinggalah aku dimatikan.
Ibubapaku telah menginginkan aku untuk berjaya dalam pelajaran. Aku sekarang hampir separuh jalan untuk memberikan kejayaanku kepada ibu bapaku... Alhamdulillah, moga-moga aku dapat menghabiskan perjalananku dalam mencapai kejayaan. “ Ini untuk abah dan mak yang telah besaqkan cik “.
Oh Tuhan,
Pernah satu ketika dahulu aku berbual dengan bapaku...berbicara mengenai perkahwinan kakakku..kemudian timbul satu persoalan dari bapaku...siapakah yang sedang aku “berkawan” sekarang...aku memberikan jawapan tidak ada..dan bapaku berkata :
“ carilah yang elok, yang sesuai dengan diri kita....yang dapat jaga maruah diri kita dan keluarga, abah mak....cari yang leh jaga kita, leh tolong jaga mak pak masa kita dah tua..hak penting tu pegangan agama ada...lani macam2 manusia ada..”
Setelah aku renung kembali kata-kata ini, aku mula berfikir...apakah satu hari nanti aku dapat mencari seorang isteri seperti yang dikehendaki oleh ibubapaku Ya Allah..???? Aku berharap ya Allah, agar Kau permudahkan jalan kepadaku untuk mencari seorang isteri yang memiliki sifat2 itu...Agar aku dan ibu bapaku senang di masa hadapan..
Oh Tuhan,
Aku memohon kepada-Mu, agar pilihan hatiku tepat, dan mampu memberikan kebahagiaan kepadaku Ya Allah...dan juga kepada ibubapa dan keluargaku...Ak memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku seorang wanita yang memandang kepada agama nilai-nilai positif yang ada padaku satu hari nanti Ya Allah , bukan pandang pada harta dan kemewahanku....
Oh Tuhan,
Aku tahu, ajal, maut dan jodoh adalah ketentuan-Mu...aku hanya berusaha untuk mencari seseorang yang aku sayangi, yang menjadikan kehidupanku bahagia.. dalam usahaku ini Ya Allah, kurniakanlah kepadaku wanita yang Solehah, supaya aku serta anak isteriku peroleh jalan yang mudah untuk ke syurga...
Selain itu Ya Allah, aku sedar aku insan yang hina Ya Allah.. berikanlah kesempatan kepadaku untuk mendalami ilmu-ilmu agama...agar satu masa nanti aku dapat bimbing ahli keluarga...dan orang-orang lain...
Aku mohon kepada-Mu, jadikanlah aku anak yang soleh yang sentiasa menabur budi dan bakti kepada kedua-dua ibubapaku...aku tahu, banyak ujian yang akan ku tempuhi pada masa akan datang....dan dunia sekarang sudah hampir ke penghujungnya....Kau juga pernah berfirman bahawa manusia pada akhir zaman ini akan hadapi banyak ujian..antaranya anak-anak mula derhaka pada ibubapa...dengan ini, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar aku tidak menjadi salah seorang daripadanya...aku sayang ibubapaku Ya Allah...aku sayang mereka...Aminn...
(.......INI SEMUA UNTUK IBUBAPAKU YA ALLAH....)
nota : jom kita doa sama-sama
insyaAllah.. semoga ALLAH makbulkan doa hg nazir..
ReplyDeleteknduri kawen hg nnt jgn lupa jemput ak..
umah dekat jaa.. hehe
http://hannazaki.blogspot.com (pomot kat sni sat)
=___=
insyaAllah . :)
ReplyDeleteGood luck for your life :)
hannazaki = yea la..aq xlupa kawan2 aku...
ReplyDeleteain = thanks dear..=)