Aku nak luah rasa hati ni....aku xtawu la sebab apa aku jadi pelik sangat malam ni...mungkin ada satu benda yang lepas terjadi...mungkin.... setelah aku pikir, aku rasa macam nak berpantun pulak la...pantun Kedah tapi cerita pasai aku....
Genggam-genggam bara api,
Biaq sampai jadi arang,
Hati ni sangat sunyi,
Perlukan orang tersayang.
Pi kenduri makan daging lembu,
Makan pulak dengan kerabu,
Hati ni sangat rindu,
Sapa lagi kalau bukan kat mu.
Pulun Kedah pulun,
Lagi pulun lagi garang,
Walau macam mana sekalipun,
Hati ni tetap sayang.
Pi Tesco beli barang,
Beli barang naik lori,
Bila hati dah sayang,
Sentiasa melekat kat hati.
Hari Raya makan lemang,
Makan lemang waktu pagi,
Kalu jodoh aku dengan ang,
Rasanya pakai jadi la kita ni.
Budak-budak main parang,
Main parang sampai terkena jari,
Bukan aku nak kejan hang,
Takot satgi ada orang wak curi.
Hari Isnin juai skrap,
Juai skrap di kedai Cina,
Hanya satu aku harap,
Doa aku diterima-Nya.
Pi kedai ikan bakaq,
Kedai pulak ‘high class’,
Satu benda aku nak habaq,
Serious aku ikhlas.
Cukup ar tu....harap-harap pantun bangang ni sampai ke hati....tapi tak bangang kot sebab ada maknanya....aku nak berjiwang sangat pon nanti orang gelak....aku rasa cara ni berkesan kot....tak dak la nampak jiwang sangat kan...hummmmm.... =/
nota : hari ini, citer bodoh yang aku penah tengok sepanjang hidup aku kat QB.
crita penunggu istana macam haram
ReplyDeletegempak!
ReplyDelete