" Man Jadda Wajada"

" Man Jadda Wajada"

Dalam hidup kita, xsmua yg kta nak kta dpat....
tp xsmestinya kta mgalah ja bla kta taw ssuatu bnda yg kta nak tu xdpat....jadi cranya kta kna usaha dgn ssgguhnya...xkra la apa bnda pon yg kta wat...janji kta kna usaha btol2...
InsyaAllah apa yg kta hajatkan 2 mgkin akn dimakbulkn Allah SWT yg Maha Kuasa....

Ingat, Jangan Mengalah...Nabi pun xska owg yg mngalah...

....Selamat Beramal....

Monday, April 25, 2011

Makbulkanlah....

Oh Tuhan,
Aku tahu aku manusia yang tidak sempurna dan banyak menyusahkan keluarga dan orang lain..tak kira laki ka perempuan…masalah itu, masalah ini…aku rasa hendak menebus segala dosaku Ya Allah..  Apa yang penting, aku tidak mengecewakan kedua ibubapaku dari mula aku dilahirkan sehinggalah aku dimatikan. 
Ibubapaku telah menginginkan aku untuk berjaya dalam pelajaran.  Aku sekarang hampir separuh jalan untuk memberikan kejayaanku kepada ibu bapaku... Alhamdulillah, moga-moga aku dapat menghabiskan perjalananku dalam mencapai kejayaan. “ Ini untuk abah dan mak yang telah besaqkan cik “.

Oh Tuhan,
Pernah satu ketika dahulu aku berbual dengan bapaku...berbicara  mengenai perkahwinan kakakku..kemudian timbul satu persoalan dari bapaku...siapakah yang sedang aku “berkawan” sekarang...aku memberikan jawapan tidak ada..dan bapaku berkata :

     “ carilah yang elok, yang sesuai dengan diri kita....yang dapat jaga maruah diri kita dan keluarga, abah mak....cari yang leh jaga kita, leh tolong jaga mak pak masa kita dah tua..hak penting tu pegangan agama ada...lani macam2 manusia ada..”

Setelah aku renung kembali kata-kata ini, aku mula berfikir...apakah satu hari nanti aku dapat mencari seorang isteri seperti yang dikehendaki oleh ibubapaku Ya Allah..???? Aku berharap ya Allah, agar Kau permudahkan jalan kepadaku untuk  mencari seorang isteri yang memiliki sifat2 itu...Agar aku dan  ibu bapaku senang di masa hadapan..

Oh Tuhan,
Aku memohon kepada-Mu, agar pilihan hatiku  tepat, dan mampu memberikan kebahagiaan kepadaku Ya Allah...dan juga kepada ibubapa dan keluargaku...Ak memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku seorang wanita yang memandang kepada agama nilai-nilai positif yang ada padaku  satu hari nanti Ya Allah , bukan pandang pada harta dan kemewahanku....

Oh Tuhan,
Aku tahu, ajal, maut dan jodoh adalah ketentuan-Mu...aku hanya berusaha untuk mencari seseorang yang aku sayangi, yang menjadikan kehidupanku bahagia.. dalam usahaku ini Ya Allah, kurniakanlah kepadaku wanita yang Solehah, supaya aku serta anak isteriku peroleh jalan yang mudah untuk ke syurga...
Selain itu Ya Allah, aku sedar aku insan yang hina Ya Allah.. berikanlah kesempatan kepadaku untuk mendalami ilmu-ilmu agama...agar satu masa nanti aku dapat bimbing ahli keluarga...dan orang-orang lain...
Aku mohon kepada-Mu, jadikanlah aku anak yang soleh yang sentiasa menabur budi dan bakti kepada kedua-dua ibubapaku...aku tahu, banyak ujian yang akan ku tempuhi pada masa akan datang....dan dunia sekarang sudah hampir ke penghujungnya....Kau juga pernah berfirman bahawa manusia pada akhir zaman ini akan hadapi banyak ujian..antaranya anak-anak mula derhaka pada ibubapa...dengan ini, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar aku tidak menjadi salah seorang daripadanya...aku sayang ibubapaku Ya Allah...aku sayang mereka...Aminn...

(.......INI SEMUA UNTUK IBUBAPAKU  YA ALLAH....)

nota : jom kita doa sama-sama

Saturday, April 23, 2011

Bila Aku berpantun

Aku nak luah rasa hati ni....aku xtawu la sebab apa aku jadi pelik sangat malam ni...mungkin ada satu benda yang lepas terjadi...mungkin.... setelah aku pikir, aku rasa macam nak berpantun pulak la...pantun Kedah tapi cerita pasai aku....

Genggam-genggam bara api,
Biaq sampai jadi arang,
Hati ni sangat sunyi,
Perlukan orang tersayang.

Pi kenduri makan daging lembu,
Makan pulak dengan kerabu,
Hati ni sangat rindu,
Sapa lagi kalau bukan kat  mu.


Pulun Kedah pulun,
Lagi pulun lagi garang,
Walau macam mana sekalipun,
Hati ni tetap sayang.


Pi  Tesco beli barang,
Beli barang naik lori,
Bila hati dah sayang,
Sentiasa melekat kat hati.


Hari Raya makan lemang,
Makan lemang waktu pagi,
Kalu jodoh aku dengan ang,
Rasanya pakai jadi la kita ni.

Budak-budak main parang,
Main parang sampai terkena jari,
Bukan aku nak kejan hang,
Takot  satgi ada orang wak curi.


Hari Isnin juai skrap,
Juai skrap di kedai Cina,
Hanya satu aku harap,
Doa aku diterima-Nya.


Pi kedai ikan bakaq,
Kedai pulak ‘high class’,
Satu benda aku nak habaq,
Serious aku ikhlas.

Cukup ar  tu....harap-harap pantun bangang ni sampai ke hati....tapi tak bangang kot sebab ada maknanya....aku nak berjiwang sangat pon nanti orang gelak....aku rasa cara ni berkesan kot....tak dak la nampak  jiwang  sangat kan...hummmmm.... =/

nota : hari ini, citer bodoh yang aku penah tengok sepanjang hidup aku kat QB.

Friday, April 22, 2011

Luahan Hati Adizero


Teringat lagi aku saat-saat indah….Saat yang tidak dapat aku lupakan sewaktu boss aku membelek-belek aku bersama seorang wanita…agak cantik dan comel bagi aku…saat itu aku sudah mula rasa, aku akan mendapat tuan baru dan bakal tinggalkan AL-Ikhsan…
YES, betol cakap aku…aku akhirnya dapat tuan baru..aku dimasukkan dalam kotak gelap…aku rasa terhuyung-hayang dan sedar-sedar aku teah berada di dalam sebuah bilik…Aku lihat ramai yang membelek aku..termasok Boss yang bersempatan mengambil gambar aku….
Aku dijaga dengan penuh kasih saying…kotor sikit pon tuan aku gilap…sapu kiwi…supaya tahan…bahagianya aku time tu…



foto : Ni lah aku time baru beli dulu...siap ambik gambaq lagi...berkilat lagi aku time tu


Tapi semua itu tidak kekal lama….sehingga muncul barang baru dalam diri boss aku…yang meregangkan silaturrahim aku dengan boss...jauh lebih berkualiti dari aku…dia lah Pred Absolion_X TRX FG (a.k.a Adidas Predator)….


foto 1.2 : ni la dia yang aku maksudkan tu


foto 1.3 : tengok, siap gilap agi walaupun lepas basuh



foto 1.4 : aku pulak terbiaqq kat sini..sedih toi...

semenjak kehadiran dia dalam kehidupan boss aku…seolah-olah aku tidaak lagi dipedulikan..macam dulu lagi…terbiaqqqqq aku di atas rak…kadang-kadang rasa nak guna dia guna…tu pon ada sebab….aku mula merintih dan merintih..tiba-tiba terdengar suara oleh abang-abang senior aku....

            
" sabaq la wey, kami dulu pun macam tu jugak masa ang baru beli...la ni pakat-pakat rasa laa...," 

Sabaq ja laa…..aku yakin..satu ari nanti boss aku akan guna aku jugak…sebab aku banyak kenangan dengan dia…bnyak gold ah dia sumbat guna aku…dan yang paling dia akan ingat dengan siapa dia beli kasut ini dengan aku...errrmmmmmmm....

nota : ni la jadinya bila boring tahap gaban...